salam
i am feeling weird for the past couple weeks.. all the negative emotion and thinking rushed into my head. O Allah, please help me overcome my own feelings. Everythings seems wrong and in the morning i culdnt get up feeling fresh like other people do. i need to get my feet back on the ground, take charge of my real life.
all of sudden i decide to continue writing in this blog because i think i need to keep a journal of my life. then i can track back all the memories, feelings, great moment, sad, happiness that his happening in my life.
this is a picture of my husband and our new family member, ayra raihanah..just turned 1 year old on 23rd mac 2015
i also hope that with writing and updating my journal will finally make me feel alive again.
owh, not to forget, i am now pursuing my studies at UTM in bioprocess engineering field. May Allah ease my study journey and bring my family closer to Islam.
Tuesday, April 21, 2015
Thursday, January 9, 2014
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:
* Bertaubat;
* Menyesali dosa yang telah dilakukan;
* Tidak tergila-gilakan dunia;
* Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya');
* Tinggalkan sifat berbangga;
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan;
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah;
2. Syurga di sebelah kananku;
3. Neraka di sebelah kiriku;
4. Malaikat Maut berada di belakangku dan;
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:
* Bertaubat;
* Menyesali dosa yang telah dilakukan;
* Tidak tergila-gilakan dunia;
* Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya');
* Tinggalkan sifat berbangga;
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan;
* Meninggalkan sifat dengki.
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah;
2. Syurga di sebelah kananku;
3. Neraka di sebelah kiriku;
4. Malaikat Maut berada di belakangku dan;
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.
Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.
Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
Wednesday, January 2, 2013
ReUnion Taring Wira 2.0 2012
Assalamualaykum..hamdulillah pada 23dec 2012 lalu sempat berReUnion ngan skuad2 Palapes Darat USM yang smuanya bizi mizi memanjang..a few chosen people je yg dpt bersama memeriahkan suasana..huhu..sedey sbb ckit jer dpt dtg..gambo pon sempat snap ckit saja sebab sibuk jaga askar2 taring wira junior yg smuanya lasak2 belako..hoho..layanz
nama peringkat kami Taring Wira diabadikan kat atas kek cheese yg xmuat mulut makan..ehehs..
ni tukang2-tukang nyum-nyum cheese kek..aha..jgn marah yan nanti kne jual..usik jer, smua pon makan..Adam, Tn Rzz, Ayub, Yan
kapel yg tinggal sejengkal dari kedai makan tp sampai ctu time orang lain smua lagi sejengkal nak habiskan makanan..cet! amek seploh! (@o@
kakshi's Family (Ierwan, AriSsa, KakShila)
muka budak busyuk..Mujahid Naufal
ela's Family (Ela, Fatihah, Ezar)
kakshi n semah
my Family (Ummi, Abi, Mujahid)
mujahid bila excited
yg tu jer lah buat masa ni..sebab smua dah penat, maka agenda utk makan petang/ malam bersama n ke pesta pulau pinang terpaksa ditangguhkan ke hari dan waktu yg lain..alorr...
ni ler sebabnye nape smua penat..mandi laut..sebelum je ade gambar..semasa n selepas xdapek nk tunjuk..haha
insyaAllah..nextime kita buat lagi ye..
nama peringkat kami Taring Wira diabadikan kat atas kek cheese yg xmuat mulut makan..ehehs..
ni tukang2-tukang nyum-nyum cheese kek..aha..jgn marah yan nanti kne jual..usik jer, smua pon makan..Adam, Tn Rzz, Ayub, Yan
kapel yg tinggal sejengkal dari kedai makan tp sampai ctu time orang lain smua lagi sejengkal nak habiskan makanan..cet! amek seploh! (@o@
kakshi's Family (Ierwan, AriSsa, KakShila)
muka budak busyuk..Mujahid Naufal
ela's Family (Ela, Fatihah, Ezar)
kakshi n semah
my Family (Ummi, Abi, Mujahid)
mujahid bila excited
yg tu jer lah buat masa ni..sebab smua dah penat, maka agenda utk makan petang/ malam bersama n ke pesta pulau pinang terpaksa ditangguhkan ke hari dan waktu yg lain..alorr...
ni ler sebabnye nape smua penat..mandi laut..sebelum je ade gambar..semasa n selepas xdapek nk tunjuk..haha
insyaAllah..nextime kita buat lagi ye..
Sunday, November 4, 2012
setiap cabaran ada jalan keluar
minggu lepas yang sangat mencabar..bermula dengan ummi yang admitted adventist hosp sebab sakit kaki hinggalah ke diriku sendiri yang jatuh sampai berbalut kaki..adoih...rase cam xpercaya aku boleh buat stupid mistakes sampai menyusahkan semua orang..huhu..sepbaek mujahid yang demam kura-kura atau tortoise2 tu xberpanjangan mcm selalu..setiap bulan mesti demam kuat mencecah 40.2 degree berlarutan at least 3hari. jangka hayat kesihatan mujahid macam graf turn naik berbukit bukau..hamdulillah Allah sihatkan mujahid cepat sbb tahu ummi dia xsihat. tok ummi pon xsihat. kasihan dua2 ummi.. syafakillah utk tok ummi n utk diri sendiri..chaiyok! cepat2 sihat sbb abi dah lik johor, nak xnak kne cepat chat supaya bleh jaga mujahid naufal..mohon..mudahkanlah ya Allah
Tuesday, September 11, 2012
Colonel Donald Rockwell
Born in Illinois, U.S.A., completed his studies at the Universities of Washington and Columbia, where he won many scholastic honours. Poet, literary critic, author, and editor-in-chief of Radio Personalities. Wrote Beyond the Brim and Bazar of Dreams.
— From the Islamic Review, April 1935.
The above issue of the Islamic Review also contains an article by Colonel Rockwell about his acceptance of Islam. It is reproduced below.
HOW ISLAM WON ME
By COL. DONALD S. ROCKWELL
The simplicity of Islam, the powerful appeal and compelling atmosphere of its mosques, the earnestness of its faithful adherents, the confidence inspiring realization of the millions throughout the world who answer the five daily calls to prayer — these factors attracted me from the first. But after I had determined to become a follower of Islam, I found many deeper reasons for confirming my decision. The mellow concept of life — fruit of the Prophet’s combined course of action and contemplation, — the wise counsel, the admonitions to charity and mercy, the broad humanitarianism, the pioneer declaration of women’s property rights — these and other features of the teachings of the Man of Mecca were to me among the most obvious evidence of a practical religion so tersely and aptly epitomized in the cryptic words of Muhammad: “Trust in Allah and tie your camel.” He gave us a religious system of normal action, not blind faith in the protection of an unseen force in spite of our own neglect, but confidence that if we do all things rightly and to the best of our ability, we may trust in what comes as the Will of Allah.
The broad-minded tolerance of Islam for other religions recommends it to all lovers of liberty. Muhammad admonished his followers to treat well the believers in the Old and New Testaments; and Abraham, Moses, Jesus are acknowledged as co-Prophets of the One God. Surely this is generous and far in advance of the attitudes of other religions.
The total freedom from idolatry, even in the modified form of image-worship and adoration of the myriad figures and faces of saints in church windows, statute niches and shrines, is a sign of the salubrious strength and purity of the Muslim faith. There literally is but One God in mosque, home, mind and heart — Allah, undiluted by adulation of gilded pictures and tinted plaster models of many saints, unconfused by likenesses of the Prophet himself, forbidden by the wisdom of the inspired mind which gave to a pagan people the monotheistic Quran. The concept of the Unity of God is not dimmed by the separate worship of a prophet as the son of God, by prayers to the mother of the prophet, nor by belief in the division of the godhead into a trinity, with divine inclusion of a saviour in the spiritual person of the deity, as in the Christian faith. Muhammad, revered as a human revealer of Divine wisdom, has not been elevated to divine status by overzealous disciples and the reflected glory of the roseate glow which martyrdom always casts over its victims.
The original teachings of the Prophet of Allah have not been engulfed in the maze of changes and additions of doctrinarians. The Quran remains as it came to the corrupt polytheistic people of Muhammad’s time, changeless as the holy heart of Islam itself.
Moderation and temperance in all things, keynote of Islam, won my unqualified approbation. The health of his people was cherished by the Prophet, who enjoined them to observe strict cleanliness and specified fasts and to subordinate carnal appetites.
This summer I visited all of Spain’s great cathedrals, many originally built as mosques, and immediately afterward I knelt with thousands of Moors in the mosques at Fez, Marakesh, Rabat, Meknes, Tetuan and other Moroccan cities.
As the noble strains of organ music and sonorous chanting reverberated through the vaulted arches of the dim cathedrals, and the pleasant odour of incense was wafted between the lofty columns of the colossal Spanish churches, I had to admit that these are valuable aids to the staging of a good show. But religion should not lean on the props of a stage spectacle — rather austere purity of prayer without embellishment. Music and incense produce emotional reactions, the products of ecstasy instead of spiritual fervour. They have their place as stimulants for the religious sluggards; they are the wine and coffee of Christendom.
But when I stood in the inspiring mosques of Istambul, Damascus, Jerusalem, Cairo, Algiers, Tangier, Fez and other cities, I was conscious of a more powerful reaction — the potent uplift of Islam’s simple appeal to the sense of higher things, unaided by elaborate trappings, ornamentation, figures, pictures, music and ceremonial ritual. The mosque is a place of quiet contemplation and self-effacement in the greater reality of the One God, Allah. It does not need to employ a three-ring circus of sight, sound and smell to attract and hold its faithful congregation.
The democracy of Islam has always appealed to me. Potentate and pauper have the same rights on the floor of the mosque, on their knees in humble worship. There are no rented pews nor special reserved seats.
With full respect for the traditions of another great religion, monasticism does not seem to me a necessary or healthful adjunct of spiritual guidance. Men of normal family lives can appreciate the problems and understand the frailties of their fellow men better than a priest leading an ascetic life, and of course the spectacle of a renegade priesthood, betraying the code of their cloth for the temptations of the flesh, is a deplorable one. Naturally Islam has never developed a priesthood nor bureaucratic church government.
The Muslim accepts no man as a mediator between himself and his God. He goes direct to the invisible Source of creation and life, Allah, without reliance on a saving formula of repentance of sins and belief in the power of a teacher to afford him salvation.
The universal brotherhood of Islam, regardless of race politics, colour or country, has been brought home to me most keenly many times in my travels, and this is another feature which drew me toward the Faith. I have been hospitably received by Muslim brothers from London, Paris, New York, Morocco, India, Persia, Turkey, Syria, Egypt and Poland; and my heart has warmed to them all as earnest workers in this great cause.
The copies of the Islamic Review which reached my hands in America were a source of further encouragement to cling to my adopted Faith, and it is a pleasure to pause in my editorial duties to express my appreciation and admiration of the noble work being done at Woking, and to assure my friends throughout the Muslim world of my zealous purpose to aid in the Islamic Renaissance and to establish the Crescent more firmly in the Western world.
— The Islamic Review, April 1935, pages 121–124.
Monday, June 11, 2012
MAPIM MENGUNDANG SEMUA UNTUK "RAMADHAN DI GAZA"
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Malaysian Islamic NGO Consultation Council) Alamat : 24-4-1 Diamond Square , Jalan Gombak , K.L Tel : 0143249697 / 0175554828 (MAPIM adalah didaftarkan sebagai Lembaga Pemegang Amanah dan mempunyai anggota koaliasi sebanyak 24 NGO diperingkat Kebangsaan.)
TABUNG GAZA – MAPIM : BIMB : 0801301007582
PENGUMUMAN AWAM
10 hb Jun 2010
“MISI KONVOI MAPIM RAMADHAN DI GAZA”
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Assalamualaikum wr.wb.
Kepada semua pencinta keadilan , keamanan dan kemanusian
KUTIPAN SUMBANGAN DAN PENYERTAAN MISI KONVOI MAPIM RAMADHAN DI GAZA
MAPIM berasa terpanggil meneruskan ikhtiar tanpa henti untuk akhirnya membebaskan rakyat Gaza dari kepungan Israel.
Semenjak misi Freedom Flotilla 22 Mei hingga 8 Jun 2010 yang lalu , yang disertai oleh seorang wakil MAPIM , kami semakin yakin bahawa usaha untuk membebaskan Gaza dari penderitaan selama lebih 3 tahun , boleh dicapai.
Walaupun seluruh dunia menyaksikan kekejaman Israel kini merentas bangsa dan negara serta juga menjangkau wilayah perairan antarabangsa , solidariti kira-kira 700 para aktivis keadilan dan kemanusiaan dari lebih 40 negara yang menyertai Freedom Flotilla tersebut mampu memecah keangkuhan Israel. Menyerang dan membunuh aktivis yang tidak bersenjata dengan gerombolan tentera yang lengkap dengan senjata canggih, bukan sahaja bukti Israel adalah penjenayah antarabangsa paling hina , malah juga menunjukkan ciri pengecut tentera Israel.
Sunggupun harga yang terpaksa dibayar oleh pelbagai pejuang pembebasan Palestin pada misi Flotilla itu dan juga ratusan ribu yang terbunuh sepanjang lebih 60 tahun semenjak Israel didirikan , adalah nyawa dan hartabenda , akan tetapi ia menunjukkan memperjuangkan hak dan prinsip keadilan dan rasa kemanusiaan adalah senjata yang paling ampuh untuk berhadapan dengan kuasa Israel yang paling kejam didunia.
Dengan kenyataan yang sangat menyayat hati ini , MAPIM menetapkan supaya wujudnya sebuah gabungan kerjasama seluruh NGO dan masyarakat sivil di Malaysia bersama dengan kerajaan negeri dan Pusat untuk secara konsisten melaksanakan ikhtiar berterusan sehingga rakyat Palestin kembali tegak sebagai negara yang berdaulat.
Lantaran itu MAPIM sebagai sebuah wadah koaliasi pelbagai NGO di Malaysia mengistiharkan misi lanjutan pasca Freedom Flotilla iaitu Misi Konvoi MAPIM Ramadhan Di Gaza 1431H .
Konvoi kali ini adalah untuk sekali lagi memecah kepungan Israel dan menuntut pintu sempadan Rafah di Mesir di buka secara berkekalan menjelang bulan Ramadhan.
Misi ini mengambil semangat Freedom Flotilla dan akan mengundang para aktivis Free Gaza Movement seluruh dunia untuk berkampung di Gaza pada bulan Ramadhan 1431H ini bagi memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada lebih 1.5 juta mangsa kekejaman Israel.
Misi Ramadhan di Gaza 1431H ini merupakan suatu mesej umat Islam khususnya dan kemanusiaan seluruh dunia amnya untuk menjadikan bulan penuh barakah itu sebagai titik tolak penyatuan dan kebersamaan seluruh dunia untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
Misi ini akan mengatur konvoi antarabangsa untuk membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui pintu Rafah dan seterusnya bersama rakyat Gaza menjalani ibadat puasa.
MAPIM menyediakan peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menjayakan inisiatif Malaysia ini sebagai sumbangan kita memastikan Gaza benar-benar dibebaskan sebagai wilayah yang berdaulat.
MAPIM melancarkan Misi Ramadhan di Gaza ini dengan mengundang semua kerajaan Negeri untuk terlibat bersama-sama dengan memperuntukkan sebahagian dari kutipan Zakat negeri masing-masing bagi disalurkan kepada kejayaan Misi Ramadhan di Gaza ini.
Untuk itu kami mensasarkan Tabung RM 1 juta untuk Misi Ramadhan Di Gaza ini.
MAPIM akan mengusahakan agar jaringan NGO antarabangsa yang terlibat secara langsung dalam perjuangan membebaskan Palestin akan turut bersama dalam Misi ini. Ini termasuk semua agensi antarabangsa seperti ASEAN , OIC , PBB , NAM untuk memastikan laluan ke Gaza akan terjamin dan mendapat pengiktirafan dunia.
MAPIM akan mengaturkan majlis penerangan melalui siri jelajahnya untuk memastikan dokongan masyarakat diperolehi dan akan membuka penyertaan agar aktivis masyarakat , ahli parlimen , pemimpin NGO dan parti politik , ulama dan ahli media dapat mengikuti Misi Ramadhan di Gaza ini.
Kami dengan ini merayu kepada semua pencinta keadilan , keamanan dan kemanusiaan untuk membantu menjayakan MAPIM sebagai peneraju Misi ini untuk menjadi menyampaikan bantuan kepada Gaza dalam konvoi yang dianjurkan ini.
Segala bantuan dan penyertaan belum merujukkan kepada Urusetia MAPIM untuk penerangan lanjut .
Wassalam.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM /
Presiden TERAS
TRAGEDI AN-NAKSAH
Friday, June 5, 2009
Utusan Malaysia 5 Jun - Tragedi An-Naksah
Tragedi An-Naksah lengkapi penaklukan Israel di bumi Arab
Oleh DR. HAFIDZI MOHD. NOOR
EMPAT puluh dua tahun lalu, pada tarikh ini, satu peristiwa bersejarah berlaku kepada dunia Islam. Tanggal 5 Jun 1967 menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Republik Arab Bersatu (Mesir), Jordan dan Syria secara serentak.
Peperangan yang dikenali dalam sejarah konflik Asia Barat sebagai "Perang Enam Hari" itu berakhir pada 10 Jun 1967.
Dalam tempoh itu, Israel berjaya menewaskan tiga negara Arab walaupun negaranegara itu turut dibantu oleh Arab Saudi, Iraq, Algeria, Tunisia, Sudan, Somalia, Maghribi, Mauritania, Yemen, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar dengan membekalkan askar dan kelengkapan tentera.
Mesir menerima pukulan paling dahsyat apabila lebih 10,000 askarnya terkorban. Angkatan udaranya musnah sama sekali apabila kira-kira 300 jet pejuangnya diranapkan oleh tentera Israel dalam serangan mengejut.
Apabila serangan berakhir, Israel menguasai Tebing Barat, Genting Gaza, Baitulmaqdis Timur, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Dalam serangan itulah Masjid Al-Aqsa ditawan, sehinggalah ke hari ini.
Kekalahan besar yang amat memalukan seluruh dunia Arab dan Islam itu diperingati sebagai "Hari An-Naksah" (Hari Kekalahan). Ia adalah tragedi besar kedua menimpa umat Islam dan dunia Arab khususnya.
Pertama ialah "Hari An-Nakbah" (Malapetaka) yang berlaku pada 15 Mei 1948. Peristiwa itu membawa kepada penubuhan negara Israel di atas 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Peristiwa An-Nakbah dikaitkan dengan pengusiran 800,000 rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian di Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir (Gaza).
An-Naksah pula melengkapkan penaklukan Israel ke atas keseluruhan tanah Palestin dan status qou itu berterusan sehingga kini.
Mesir semasa era Presiden Anwar Sadat berjaya membuat kejutan dengan menyerang kedudukan tentera Israel di Semenanjung Sinai dalam "Perang Oktober 1973" atau "Perang Ramadhan". Kemenangan Mesir bagaimanapun tidak dapat disempurnakan apabila AS campur tangan dan satu gencatan senjata dilaksanakan.
Pertimbangan politik oleh Mesir itu akhirnya membuka laluan kepada termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel 1978. Perjanjian damai Camp David itu mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir.
Namun harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza berterusan. Perjanjian itu menyaksikan Mesir mengiktiraf Israel dan bertanggungjawab menjamin keselamatan entiti Israel terutama di Genting Gaza.
Jika laluan di Rafah ditutup sehingga rakyat Gaza yang cedera dalam serangan akhir tahun lalu dan awal tahun ini tidak dibenarkan menyeberang untuk mendapat rawatan di Mesir, ia adalah kesan daripada 'perjanjian damai Mesir-Israel pada 1978 itu.
Apakah reaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Seperti yang dijangka, PBB bersidang dan meluluskan Resolusi 242 yang mengkehendaki Israel berundur ke garisan hijau yang diputuskan oleh Perjanjian Rhodes pada 1949.
Ini bermakna Israel perlu keluar dari semua wilayah yang didudukinya pada Jun 1967. Pendudukan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur adalah pendudukan haram. Bagaimanapun Israel tidak mempedulikan resolusi tersebut dan juga resolusi-resolusi lain.
Bagi Israel, PBB adalah sebuah pertubuhan yang "tidak berkuku dan bertaring". Ia berasa kuat selagi AS berada di sampingnya.
Hari An-Naksah juga menandakan tarikh Masjid Al-Aqsa ditawan oleh tentera Zionis. Sejak itu, ia terdedah kepada ancaman dan perbuatan keji Zionis. Ia termasuk peristiwa masjid itu dibakar pada 21 September 1969 yang diingati sebagai "Hari Al-Quds" setiap tahun.
Zionis juga menggali terowong-terowong rahsia di bawah masjid itu bertujuan melemahkan tapaknya. Kumpulan ekstremis Zionis turut merancang merobohkan masjid itu dan mendirikan synagogue (kuil) yang mereka namakan Haikal Sulaiman.
Pada September 2000, lebih 1,000 askar Israel memasuki kawasan masjid untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam. Peristiwa biadap itu mencetuskan "Intifada".
Selain itu, rejim Zionis juga melaksanakan agenda me-Yahudikan kawasan masjid itu dan Baitulmaqdis Timur. Rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan, tanah mereka dirampas, mereka diusir dan status pemastautin mereka dibatalkan.
Israel kemudian membina unit-unit apartmen dan perumahan eksklusif untuk pendatang haram Yahudi di situ.
Pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat yang kini menjangkau 800 kilometer panjang membuktikan usaha Israel mengepung rakyat Palestin dan menyukarkan mereka menziarahi Masjid Al-Aqsa. Inilah jenayah yang terus menjadi agenda Israel di Palestin.
Hari ini Israel terus berdolak-dalik dengan penyelesaian dua negara (two-state solution). Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu tanpa rasa bersalah menolak penyelesaian dua negara itu dan juga usaha mewujudkan negara Palestin.
Sikap itu diambil meskipun semua perjanjian damai yang ditandatangani bersama Fatah sejak Perjanjian Oslo 1990 berdasarkan kepada Resolusi 242 yang diluluskan pada 1967.
Jika inilah pendirian yang dipertahankan oleh Israel, apakah dunia masih meletakkan harapan kepada "penyelesaian dua negara" itu?
Mungkin sudah tiba masanya dunia menimbang formula yang ditawarkan oleh Hamas iaitu Israel berundur dari wilayah yang didudukinya sejak 1967, menghentikan kepungan ke atas Gaza dan membentuk gencatan senjata jangka panjang tanpa perlu Palestin mengiktiraf kewujudan Israel.
Namun bersediakah Israel mengiktiraf negara Palestin? Hakikatnya mereka adalah perampas tanah Palestin dan kewujudan Israel di atas tanah yang dirampas sejak 1948 itu adalah kewujudan haram.
Maka pilihan yang terbaik ialah akur kepada Resolusi 242 dan mana-mana resolusi yang berkaitan seperti Resolusi 338. Kemudian bersetuju dengan gencatan senjata panjang.
Sekurang-kurangnya keamanan ke atas wilayah bergolak itu dapat diwujudkan buat sementara waktu sehingga masyarakat antarabangsa mencari ruang kepada pelaksanaan pelan penyelesaian yang berkekalan.
PENULIS ialah Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
artikel yg dah lama aku cari..mmg WAJIB baca..JOM! ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)