Wednesday, June 30, 2010

WaLiMaH KaKGee


Walimatul Urus NORAZIZAH ARIPIN & KHAIRUDIN


Sabtu 3July 2010
jam11.00am-5.00pm
No50-D, Felda Air Tawar satu, Kota Tinggi, Johor

Insya4JJl sabtu ni aku plan nak g walimah kakgee aka naqibahku yg pertama di negeri Johor. Ralat pulak kalu x gi sebab haritu walimah adik beradik usrah kat Melaka xterpergi sebab hal2 teknikal fizikal..huhu..sudahnya aku menyesal sampai sekarang..xbest tau perasaan menyesal dan guilty tu rasa cam nak delete je dari hati (kalu boleh delete kan mudah..huu)
tapi yg sebenarnya memang teringin sangat nak g walimah kakgee sbb kakgee ni mmg naqibah yg best! aku kalu nk jadik naqibah nak jadik yg macam kakgee. >< (jgn marah ye kakgee kalu terbaca entry nih)
aku pon xtau la sebab apa tp mmg aku suka belajar dr naqibah2 (byk giler la plak x-naqibahku ni) positif value yg ada pada derg. bleh la aku tingkatkan prestasi dan kualiti amal..mudah2an insya4JJl..doakan semoga 4JJl takdirkan yg terbaek buatku utk hadir ke walimah kakgee yg jauh tu..ditambah plak ngan duedate tesis yg menekan..(xmo crita kat cni takut lagi tensen)

Buat kakGee n bakal pasangan seumur hidup, sedikit doa untuk pasangan pengantin yg disunnahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:



“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadis ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)

ilal liqa'
ma'as salamah






Tuesday, June 29, 2010

AsaL uSuL KaPaL RaCHeL CoRRie

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement). Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie. Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - 16 Mac 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). Beliau meninggal sewaktu berusia 23. Dia merupakan pelajar di Evergreen State College di Olympia, Washington, Amerika Syarikat. Dia meninggal pada hari ahad 16 Mac 2003 di selatan Gaza city di Rafah sewaktu sedang menghalang sebuah jentolak askar israel laknatullah dari merobohkan rumah seorang saudara seislam kita di Palestin.

Rachel Corrie (kanan sekali) dan ahli-ahli pertubuhan NGO International Solidarity Movement sedang memegang banner 'Israeli army stop shooting children' sewaktu protes serangan tentera israel di Kem Pelarian Palestin di Rafah di selatan Gaza. Foto ini dirakam pada hari jumaat, 14 Mac 2003.

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
Sewaktu itu beliau sedang menghalang pergerakan sebuah jentolak askar israel dari merobohkan sebuah rumah penduduk palestin. Dia memakai baju oren untuk mudah dilihat oleh pemandu jentolak dan sudah semestinya pemandu jentolak itu dapat melihat rachel. Dia juga menggunakan pembesar suara di tangannya untuk memaksa pemandu jentolak itu berundur.

Beliau bersama seorang lagi teman seperjuangan dalam pertubuhan NGO itu sedang berusaha menghalang jentolak tentera israel dari merobohkan rumah kediaman penduduk palestin di selatan gaza.

Secara tiba-tiba jentolak itu bergerak laju ke hadapan tanpa sebarang amaran dan terus melanggar beliau yang berdiri di hadapan jentolak itu. Akibatnya beliau mengalami kecederaan yang amat serius di bahagian tubuh.

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Sekumpulan doktor perubatan Gaza sedang berusaha menyelamatkan nyawa Rachel Corrie yang sedang nyawa-nyawa ikan. Namun usaha itu tidak berhasil akibat kecederaan yang amat serius yang dialaminya.

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.

Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali Yahudi Zionis masih mengatakan ianya kemalangan.

Keseluruhan pelajar di Evergreen State College di Olympia, Washington, US, berkumpul sekitar kawasan memperingati kematian Rachel Corrie. Kesemua teman sefakulti dan pensyarah terkejut dengan kekejaman israel yang begitu kejam itu.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Sunday, June 13, 2010

1 Dunia kena tipu dengan Israel Laknatullah..

Assalamualaikum wbt.


Saya, Akmal Amri, layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini

Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan.

Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA


Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi.

Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja.

*******

Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil.


Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil



Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spray, tapi bukti itu bukannya bertarikh tahun 2010...


Satu lagi gambar senjata Pepper Spray yang bertarikh 2003, tapi dikaitkan dengan Flotilla yang diadakan pada 2010


Ini pula gambar pemotong besi yang bertarikh 2006, tapi telah diedit menjadi 2010, seolah-olah ianya wujud di atas Flotilla. Hebat Israel ni!


Kebodohan Israel dalam menipu dunia juga tidak terhenti di situ. Ini pula gambar Night Vision yang sibuk diwar-warkan dibawa oleh Flotilla, kononnya untuk Hamas.

Yang anehnya, gambar ini bertarikh 2006.


Kepada yang ingin memeriksa keshahihan emel ini, sila layari halaman Flickr Israel Ministry of Foreign Affairs di SINI

Semoga bermanfaat.

Yang benar,

Mohd Akmal bin Amri
BSc Accounting and Finance
University of Warwick, UK

p/s: saya cari sendiri semua gambar ni setelah mendapat hint daripada website ini, maka emel ini bukanlah dipanjangkan secara membuta tuli tanpa usul periksa. Sila semak website Flickr IsraelMFA untuk pengesahan