Wednesday, June 30, 2010

WaLiMaH KaKGee


Walimatul Urus NORAZIZAH ARIPIN & KHAIRUDIN


Sabtu 3July 2010
jam11.00am-5.00pm
No50-D, Felda Air Tawar satu, Kota Tinggi, Johor

Insya4JJl sabtu ni aku plan nak g walimah kakgee aka naqibahku yg pertama di negeri Johor. Ralat pulak kalu x gi sebab haritu walimah adik beradik usrah kat Melaka xterpergi sebab hal2 teknikal fizikal..huhu..sudahnya aku menyesal sampai sekarang..xbest tau perasaan menyesal dan guilty tu rasa cam nak delete je dari hati (kalu boleh delete kan mudah..huu)
tapi yg sebenarnya memang teringin sangat nak g walimah kakgee sbb kakgee ni mmg naqibah yg best! aku kalu nk jadik naqibah nak jadik yg macam kakgee. >< (jgn marah ye kakgee kalu terbaca entry nih)
aku pon xtau la sebab apa tp mmg aku suka belajar dr naqibah2 (byk giler la plak x-naqibahku ni) positif value yg ada pada derg. bleh la aku tingkatkan prestasi dan kualiti amal..mudah2an insya4JJl..doakan semoga 4JJl takdirkan yg terbaek buatku utk hadir ke walimah kakgee yg jauh tu..ditambah plak ngan duedate tesis yg menekan..(xmo crita kat cni takut lagi tensen)

Buat kakGee n bakal pasangan seumur hidup, sedikit doa untuk pasangan pengantin yg disunnahkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:



“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadis ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)

ilal liqa'
ma'as salamah






Tuesday, June 29, 2010

AsaL uSuL KaPaL RaCHeL CoRRie

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement). Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie. Siapakah Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - 16 Mac 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). Beliau meninggal sewaktu berusia 23. Dia merupakan pelajar di Evergreen State College di Olympia, Washington, Amerika Syarikat. Dia meninggal pada hari ahad 16 Mac 2003 di selatan Gaza city di Rafah sewaktu sedang menghalang sebuah jentolak askar israel laknatullah dari merobohkan rumah seorang saudara seislam kita di Palestin.

Rachel Corrie (kanan sekali) dan ahli-ahli pertubuhan NGO International Solidarity Movement sedang memegang banner 'Israeli army stop shooting children' sewaktu protes serangan tentera israel di Kem Pelarian Palestin di Rafah di selatan Gaza. Foto ini dirakam pada hari jumaat, 14 Mac 2003.

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
Sewaktu itu beliau sedang menghalang pergerakan sebuah jentolak askar israel dari merobohkan sebuah rumah penduduk palestin. Dia memakai baju oren untuk mudah dilihat oleh pemandu jentolak dan sudah semestinya pemandu jentolak itu dapat melihat rachel. Dia juga menggunakan pembesar suara di tangannya untuk memaksa pemandu jentolak itu berundur.

Beliau bersama seorang lagi teman seperjuangan dalam pertubuhan NGO itu sedang berusaha menghalang jentolak tentera israel dari merobohkan rumah kediaman penduduk palestin di selatan gaza.

Secara tiba-tiba jentolak itu bergerak laju ke hadapan tanpa sebarang amaran dan terus melanggar beliau yang berdiri di hadapan jentolak itu. Akibatnya beliau mengalami kecederaan yang amat serius di bahagian tubuh.

Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Sekumpulan doktor perubatan Gaza sedang berusaha menyelamatkan nyawa Rachel Corrie yang sedang nyawa-nyawa ikan. Namun usaha itu tidak berhasil akibat kecederaan yang amat serius yang dialaminya.

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.

Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali Yahudi Zionis masih mengatakan ianya kemalangan.

Keseluruhan pelajar di Evergreen State College di Olympia, Washington, US, berkumpul sekitar kawasan memperingati kematian Rachel Corrie. Kesemua teman sefakulti dan pensyarah terkejut dengan kekejaman israel yang begitu kejam itu.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Sunday, June 13, 2010

1 Dunia kena tipu dengan Israel Laknatullah..

Assalamualaikum wbt.


Saya, Akmal Amri, layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini

Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan.

Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA


Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi.

Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja.

*******

Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil.


Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil



Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spray, tapi bukti itu bukannya bertarikh tahun 2010...


Satu lagi gambar senjata Pepper Spray yang bertarikh 2003, tapi dikaitkan dengan Flotilla yang diadakan pada 2010


Ini pula gambar pemotong besi yang bertarikh 2006, tapi telah diedit menjadi 2010, seolah-olah ianya wujud di atas Flotilla. Hebat Israel ni!


Kebodohan Israel dalam menipu dunia juga tidak terhenti di situ. Ini pula gambar Night Vision yang sibuk diwar-warkan dibawa oleh Flotilla, kononnya untuk Hamas.

Yang anehnya, gambar ini bertarikh 2006.


Kepada yang ingin memeriksa keshahihan emel ini, sila layari halaman Flickr Israel Ministry of Foreign Affairs di SINI

Semoga bermanfaat.

Yang benar,

Mohd Akmal bin Amri
BSc Accounting and Finance
University of Warwick, UK

p/s: saya cari sendiri semua gambar ni setelah mendapat hint daripada website ini, maka emel ini bukanlah dipanjangkan secara membuta tuli tanpa usul periksa. Sila semak website Flickr IsraelMFA untuk pengesahan

Tuesday, May 25, 2010

Gema Takbir dan Tahmid melepaskan kapal 'Mavi Marmara' di Pelabuhan Istanbul


Posted by alkahfi on 23 May 2010


ISTANBUL– Israel mengancam akan mengerahkan 2 atau 3 kapal berisi rakyatnya yang bersenjata dengan tujuan menghalangi masuknya kafilah kapal-kapal kemanusiaan ke Gaza.

Kabar ancaman yang disampaikan oleh Presiden IHH (lembaga kemanusiaan internasional terbesar di Turki) Bulent Yildirim itu dijawab oleh sekitar 5 ribu orang dengan meneriakkan takbir dan tahlil saat melepas kapal utama Konvoi Kemanusiaan “Lifeline for Gaza” meninggalkan dermaga pelabuhan Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5).

Kapal Mavi Marmara yang bercat putih dan biru muda dan berbendera Turki itu berlayar menuju selatan tepat jam 2 siang (jam 6 sore WIB), menuju pelabuhan Antalya, dan rencananya pada hari Selasa akan melanjutkan perjalanan menembus kepungan Angkatan Laut Israel ke Gaza bersama dengan 8 kapal lainnya dari Turki, Yunani, dan Inggris.

Kafilah kapal kemanusiaan ini ditumpangi oleh lebih dari 700 orang aktivis kemanusiaan, anggota parlemen, dan wartawan dari 42 negara. Dari Indonesia telah hadir di Istanbul tim dari KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina), MER-C (Medical Emergency Rescue Committee) dan Sahabat Al-Aqsha.

Kafilah kapal kemanusiaan ini membawa muatan lebih dari 20 ribu ton bantuan kemanusiaan berupa bahan bangunan seperti semen dan besi, obat-obatan, peralatan rumah sakit, peralatan sekolah dan kebutuhan gizi balita dan bayi-bayi di Gaza.

Bertolaknya Kapal Mavi Marvara diiringi dengan dentuman puluhan mercon berukuran besar yang diledakkan di dekat buritan kapal pesiar berkapasitas 1000 orang itu. Di atas kapal, beberapa peserta konvoi menyalakan asap-asap pengirim sinyal darurat beraneka warna. Di dek belakang kapal ratusan balon berwarna merah-hitam-putih-hijau seperti bendera Palestina dilepas.

Para hadirin yang terdiri dari pemuda, pemudi, orangtua dan anak-anak sudah berkumpul di dermaga sejak jam 9 pagi menyambut diangkatnya jangkar Mavi Marmara dengan pekik yang membahana, “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar.. Laa ilaaha illa Allahu Allahu Akbar!” Mereka tak henti-hentinya mengibarkan bendera-bendera Palestina, Turki, bendera Tauhid dan bendera negara-negara yang diwakili oleh para peserta konvoi.

Pada saat yang sama lebih dari 20 kapal berukuran kecil yang dipenuhi pemuda-pemudi Turki ikut melepas bertolaknya Mavi Marmara (yang berarti Marmara Biru, diambil dari nama laut Istanbul) menuju Gaza. Mereka ikut meneriakkan yel-yel membela Palestina serta takbir dan tahlil sambil mengibar-kibarkan bendera Palestina dan Turki.

Sudah lebih dari 3 tahun Gaza diembargo secara internasional oleh Israel, Amerika Serikat, dan negara-negara Eropa akibat rakyat Gaza memilih untuk melawan penjajah Israel. Negara Zionis Israel didirikan di atas tanah Palestina sejak 63 tahun yang lalu, dan sejak itu mempertahankan keberadaannya dengan teror, penculikan, penyiksaan, pembunuhan, perampasan rumah dan tanah, serta penghancuran harta benda rakyat Palestina.(Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com

Sunday, May 23, 2010

iLMu seTiTik penGaLaMan seCuiT..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

soalan manusia ni perspektifnya sangat unik mencakupi pelbagai aspek perbandingan..pandangan manusia pulak amatlah terhad sekadar ilmu setitik dan pengalaman secuit..jadi amat molek kalau kita mujahadah diri tentukan priority..apakah yg lebih utama dalam hidup ini..

belajar setakat mana?..xpandai la tu tu sebab berenti belajar..bila nak kahwin?..xde org ndak ke.. kenapa xdapat anak lagi? mandul ke.. bila nak habis belajar?..ntah2 dah kantoi.. tak laku ke dia ni? .. semua di sinergikan dengan:

anak aku belajar kat oversea..anak sedara aku lepas grad terus kahwin..anak buah aku muda2 lagi dah ada 2-3 rezeki anak..anak aku dah buat phd dah same je umur ngan kau..anak buah aku ni muda2 lagi dah berderet meminang dia..

> ni lah perbandingan dan tanggapan negatif masyarakat tipikal malays yg membelenggu muslim malaysia..kesian..
hakikat beriman kepada qada' dan qadar diletak dalam buku2 teks pendidikan islam sekolah rendah je..tak diaplikasikan dalam kehidupan selayaknya islam is da best way of life..

akibatnya tempias minda kelas sempit ni menghakis kredibiliti dan kemampuan fikir golongan masyarakat mangsa untuk terus menumpukan usaha ke arah subjek bual yang lebih besar dan utama pemangkin akidah tauhid dan pembangunan ummah.

hatta ramai yang terperosok paradigma dan tersorok agama kerana nafsu mazmumah menyeru dari segala penjuru..fal yauzubillah..ya rabbi menjadi penentu duga dan uji sesuai dengan sang murabbi..ya rabbi yassir wa la tu'assir..

wahai sang murabbi yang dikasihi Allah disayangi nabi, segala duga uji buat dirimu lebih tinggi..yang mana tika di akhir riwayat ini yang menjadi nilai tara adalah yang paling bertaqwa dalam kalangan manusia..

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

senantiasalah memperhebat pergantungan diri dengan Allah melalui doa sepertimana doa itu senjata mukmin mukminah solehah..

ya Allah ya tuhan kami, takdirkanlah yang terbaik buat diri kami dan seluruh umat islam dan janganlah kau biarkan nasib diri kami ini ditentukan oleh kami sendiri walau sekadar sekelip mata sekalipun kerana kami

hanya hamba yang lemah lagi hina..

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Muslim

Friday, May 21, 2010

come back ~ betul ke?


assalam w.b.t

dah lama betul tinggalkan blog ni..hehe..sejak julai tahun lepas! (2009) ..dahla sangat susah aku nak starting a blog..dah dapat start xreti nak maintain plak kan..actuly bukannya aku xmo maintain tapi dah kerana starting julai lastyear aku dah azam tukar status 'single but not available' kepada 'married n ofcos not available'.. (^^,) ..pastu buleh pulak aku terlupa adress blog sendiri..aisey agaknya aku ni banyak sangat makan kari kepala ikan kat cafe I.K. dulu..mekasih kakRos yg selalu masak kari sedap2 n jual murah2 kat aku..smoga Allah murahkan rezeki kakRos n family..

panjang pulak dah intro dia kan..haha..ni lah apabila aku jadik surirumah overtime sambil study partime..kikiki...sekarang ni aku tinggal ngan mr hubby kat umah sewa kat pasir gudang..jadilah aku hunymoon study sambil belajar jadik isteri solehah..insya4JJl.. (",)..walopun tengah masa kecemasan (cam dalam bola sepak tuh..) aku tetap nak positifkan diri sendiri..try nak anggap masa aku rehat jap pas walimah tu sebagai masa untuk aku belajar jadi isteri n pastu aku sambung la write-up ni bila keadaan da seswai..ye tak? cam hubby slalu cakap, dont wory, things will fall into place in no time..ye baek! kataku..hikhik..alasan la tu kenapa x habis writing thesis agi..lupa ke ngan slogan aku dulu..'Hidup Zero Alasan' ?? ~muhasabah mode~


hoo..now as a solehah wife i have to stop writing this article and go prepare tea for my hubby..talk later ye blog ku..jgn risau aku dah kembali nak menajamkan mata keyboard nih..heheh..ilal liqa'. wslm

p/s: sbb xdak pengisian apa2 so i decide to upload gambaq yg bg pengisian ckit..bosan mata dok tgok prempuan bertudung yg macam nude..sayangi diri anda..




Monday, June 22, 2009

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Palapes IPTA, UTM


aslm
minggu lepas satu minggu direct aku ke UTM kampus Skudai, Johor..penatnye tak sangka..bas yang aku naik tu betapa tak selesa..hanya 4JJl yang tau..

sudahla suspension bas tak elok, driver bawak macam KL-Drift..kejap2 dia berbual telefon, lepas tu dia berdiri sambil bawak bas..lepas tu dia berbual dgn co-driver pulak..adoi..sepanjang malam duk citer pasal dinding umah kene makan dek anai2 la...citer pasal politik negara la..kalah YB2 kalu time semangatnye tu melonjak naik..tu yang sampai terberdiri bawak bas tu..adoi..poning kepalo edenn..tak dapek den nok nolongnye eh..

last2..sampai jugak aku kat stesen bas larkin...adoi sakit pinggang..sakit hati..sakit kepala..sakit belakang..sumer aderr..macam2 ada..