Sunday, May 23, 2010

iLMu seTiTik penGaLaMan seCuiT..


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

soalan manusia ni perspektifnya sangat unik mencakupi pelbagai aspek perbandingan..pandangan manusia pulak amatlah terhad sekadar ilmu setitik dan pengalaman secuit..jadi amat molek kalau kita mujahadah diri tentukan priority..apakah yg lebih utama dalam hidup ini..

belajar setakat mana?..xpandai la tu tu sebab berenti belajar..bila nak kahwin?..xde org ndak ke.. kenapa xdapat anak lagi? mandul ke.. bila nak habis belajar?..ntah2 dah kantoi.. tak laku ke dia ni? .. semua di sinergikan dengan:

anak aku belajar kat oversea..anak sedara aku lepas grad terus kahwin..anak buah aku muda2 lagi dah ada 2-3 rezeki anak..anak aku dah buat phd dah same je umur ngan kau..anak buah aku ni muda2 lagi dah berderet meminang dia..

> ni lah perbandingan dan tanggapan negatif masyarakat tipikal malays yg membelenggu muslim malaysia..kesian..
hakikat beriman kepada qada' dan qadar diletak dalam buku2 teks pendidikan islam sekolah rendah je..tak diaplikasikan dalam kehidupan selayaknya islam is da best way of life..

akibatnya tempias minda kelas sempit ni menghakis kredibiliti dan kemampuan fikir golongan masyarakat mangsa untuk terus menumpukan usaha ke arah subjek bual yang lebih besar dan utama pemangkin akidah tauhid dan pembangunan ummah.

hatta ramai yang terperosok paradigma dan tersorok agama kerana nafsu mazmumah menyeru dari segala penjuru..fal yauzubillah..ya rabbi menjadi penentu duga dan uji sesuai dengan sang murabbi..ya rabbi yassir wa la tu'assir..

wahai sang murabbi yang dikasihi Allah disayangi nabi, segala duga uji buat dirimu lebih tinggi..yang mana tika di akhir riwayat ini yang menjadi nilai tara adalah yang paling bertaqwa dalam kalangan manusia..

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

senantiasalah memperhebat pergantungan diri dengan Allah melalui doa sepertimana doa itu senjata mukmin mukminah solehah..

ya Allah ya tuhan kami, takdirkanlah yang terbaik buat diri kami dan seluruh umat islam dan janganlah kau biarkan nasib diri kami ini ditentukan oleh kami sendiri walau sekadar sekelip mata sekalipun kerana kami

hanya hamba yang lemah lagi hina..

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment